Program pembasmian kemiskinan di negara ini dilakukan bukan sahaja mengambil kira soal kaum dan bangsa, tetapi juga fakta-fakta lain dalam usaha mewujudkan peluang yang adil dan saksama kepada semua rakyat.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama.
"Dasar kerajaan Perikatan Nasional adalah untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan secara menyeluruh dan ini mengambil kira perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera, wilayah dan bukan wilayah termasuk di Sabah dan Sarawak dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan pada masa lepas," katanya.
Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Razali Idris mengenai inisiatif kerajaan dalam mengatasi masalah kemiskinan di negeri seperti Kelantan, Teregganu, Sabah dan Sarawak.
Muhyiddin berkata penekanan kerajaan kepada usaha membangunkan sosioekonomi bumiputera tidak bermakna kerajaan mengabaikan golongan bukan bumiputera dan kerana itu, kerajaan mewujudkan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama yang mengambil kira kepentingan semua kaum.
"Bumiputera adalah sebahagian besar daripada populasi di negara ini iaitu hampir 70 peratus. Ini menyebabkan kerajaan menumpukan kepada mereka demi membangunkan ekonomi negara secara keseluruhan," katanya.
Perdana menteri bagaimanapun berkata kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah setiap kaum dan tidak akan mengabaikan mana-mana golongan, khususnya dalam soal kemiskinan.
"Kita tidak boleh biarkan bukan bumiputera miskin dan hanya Melayu (bumiputera) kita kayakan...tidak boleh. Kita mesti ada satu dasar yang adil untuk semua kaum di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020
MUHYIDDIN: Dasar kerajaan Perikatan Nasional adalah untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan secara menyeluruh. - Gambar fail
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Program pembasmian kemiskinan ambil kira pelbagai faktor - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama.
Johor agih 3.5 juta penutup mulut dan hidung dalam masa terdekat
Kerajaan Negeri Johor akan mengagihkan kira-kira 3.5 juta topeng muka yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan kepada semua ketua isi rumah di negeri ini secepat mungkin.